1. Pendahuluan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permaufakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Permaufakatan ini diharap dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkat kerjasama dan pekongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat. Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru di sekolah berkenaan.
2. Tujuan-tujuan dan Batasan Persatuan
2.1) Tujuan-tujuan Persatuan
2.1.1 untuk mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah
2.1.2 untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka
2.1.3 untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan
2.1.4 untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya
2.1.5 untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
2.2
Kegiatan persatuan hendaklah diarahkan kepada kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah di mana Persatuan ditubuhkan
2.3 Persatuan boleh dengan kebenaran Pengetua menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah, dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan anggota atau bukan anggota Persatuan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh
2.4 Persatuan dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar
2.5 Persatuan tidak boleh memperluas bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan, dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain di sekolah
2.6 Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran negeri atau Kerajaan negeri atau Persekutuan
3. Tempat mesyuarat : SMKA AL-Mashoor(L) 10460, Jalan Air Itam, Pulau Pinang
4.
Keanggotaan dan Cara Perlantikan Jawatankuasa dan Jawatan, Kuasa, dan Fungsi-fungsi Pemegang-pemegang Jawatan bagi Persatuan
4.1 Keanggotaan
4.1.1 Keanggotaan terbuka kepada semua ibu bapa atau waris yang mempunyai tanggungan di SMKA Al-Mashoor (L)
4.1.2 guru selagi masih berkhidmat di SMKA Al-Mashoor (L)
4.2 Perlantikan Jawatankuasa
4.2.1 semua jawatankuasa hendaklah dipilih dan dilantik semasa mesyuarat agung Persatuan
4.2.2 jawatankuasa terdiri daripada
4.2.2.1 seorang YDP (kalangan ibu bapa)
4.2.2.2 seorang NYDP (kalangan ibu bapa)
4.2.2.3 seorang Setiausaha (kalangan guru)
4.2.2.4 seorang Penolong Setiausaha (kalangan guru)
4.2.2.5 seorang Bendahari (kalangan guru)
4.2.2.6 6 orang ahli jawatankuasa
|PIBG|