:: Organisasi ::
Sepatah Bicara Matlamat Objektif Hasrat
Lokasi Slogan Misi Visi
Motto Lencana Aliran Kelayakan
Piagam Lagu Sekolah  
:: Lokasi ::

SMKA Al Mashoor(L) terletak di Jalan Air Itam, lebih kurang 500 m dari Masjid Negeri Pulau Pinang dan 1.5 km dari pusat bandar Georgetown.



|Organisasi|

:: Matlamat ::


Melahirkan insan yang soleh, berilmu, dan berakhlak mulia 

Memupuk semangat daya saing di kalangan pelajar 

Sentiasa menghayati Islam sebagai cara hidup


|Organisasi|

:: Objektif ::


Pelajar SMKA Al Mashoor:
:: Mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum 
:: Seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, berakhlak mulia, dan dihormati 
:: Mampu dan mencintai Al Quran dan Bahasa Arab 
:: Mempunyai kemahiran dan potensi memberi sumbangan perkhidmatan berbentuk profesional kepada masyarakat dan ummah 
:: Mengekalkan iklim sekolah yang selesa, nyaman, dan bersih 
:: Dididik menjadi pelajar contoh dan pemimpin yang boleh diteladani 

|Organisasi|
:: Hasrat ::


A zam dan tekad meningkatkan prestasi pelajar dari segi kuantiti dan kualiti
L atihan jasmani dan rohani yang jitu kepada pelajar perlu diimbangi demi menuju ke arah kecemerlangan hidup
M otivasi dan konsep kendiri sumber utama pembangunan diri dan iklim dinni
A tasi setiap masalah dengan tenang dan tabah menghadapi segala cabaran hidup menjadi budaya kami
S entiasa berusaha ke arah mewujudkan suasana yang selesa dan sempurna kepada masyarakat sekolah
H asilkan anak-anak yang soleh dan berhemah tinggi adalah idaman kami
O rang yang beriman lagi berjaya, itulah yang menjadi hasrat didikan kami
O bor-obor keagamaan menjadi teras perjuangan kami
R ububiyah dan Uluhiyah adalah konsep pegangan kami mendidik anak-anak menjadi insan kamil



|Organisasi|
:: Motto ::


BERILMU, BERIMAN, BERAMAL

|Organisasi|

:: Slogan ::


Pelajar Cemerlang , Guru Gemilang, Al-Mashoor Terbilang


|Organisasi|

:: Misi ::


Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan modal insan
yang sanggup mendepani cabaran melalui pendekatan bersepadu berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

|Organisasi|

:: Visi ::


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor(L)
akan menjadi sekolah paling cemerlang
menjelang tahun 2010



|Organisasi|


:: Piagam ::


Kami, warga SMKA Al Mashoor (L) dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;

  • Memastikan proses pengisian ilmu kepada anak-anak didik dilaksanakan dengan berkesan. 
  • Berusaha ke arah meningkatkan keperibadian mulia. 
  • Berusaha ke arah keseimbangan rohani, intelek, emosi, dan jasmani untuk mencapai pembinaan sahsiah pelajar yang mantap. 
  • Mengenalpasti dan mengembangkan kekuatan potensi pelajar untuk masa hadapan. 
  • Memastikan setiap pelajar memperoleh;
    - 3A ke atas dalam PMR
    - 3A ke atas dalam SPM
    - Lulus 5 prinsipal dalam STPM
  • Berusaha ke arah mewujudkan iklim pengajaran dan pemelajaran yang lebih efektif dan efisyen. 
  • Peka dan prihatin terhadap kebajikan warga SMKA Al Mashoor (L)

|Organisasi|

:: Lencana ::

MAKSUD SIMBOL-SIMBOL PADA LENCANA  SEKOLAH

Simbol-simbol yang terdapat pada lencana SMKA Al-Mashoor Lelaki adalah berdasarkan moto ‘BERIMAN dan BERILMU' .

Buku / kitab 

::Ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.

::Kitab merupakan asas ilmu dalam tamaddun Islam.

::Jika kita belajar bersungguh-sungguh, kita akan memperoleh kejayaan.

Obor 

::Cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah.

::Kegigihan pelajar dalam menghadapi cabaran.

Pohon padi


::Semakin besar, semakin berguna dan berjasa.

::Semakin banyak pengetahuan yang diperoleh, semakin cerah masa depan.

::Budaya hidup yang tidak suka meninggi diri (tawadduk), iaitu semakin banyak ilmu, semakin insaf dan tidak sombong. 

::Kejayaan seseorang pada masa depan adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Ini bermaksud, jika kita ingin berjaya, kita mesti beristiqamah dalam menuntut ilmu dan tabah menghadapi rintangan.

Bulan sabit dan bintang


::Lambang kesesuaian agama Islam di samping membangun menuju Kecemerlangan.

1979 / 1399 H


::Tahun sekolah ini mula diambil alih dan diberi nama SMKA Al-Mashoor Lelaki.

BERIMAN & BERILMU

::Teras pendidikan muslim.

Warna-warna
Kuning 

Warna DiRaja yang melambangkan kemuliaan warisan.

Merah Bersemangat waja.
Hijau Warna keislaman dan kesuburan.
Putih Matlamat atau niat yang suci.
Hitam Kegagahan dan keberanian.

|Organisasi|

:: Aliran ::

Tingkatan 1 - 3 (5 kelas x 3)

MATA PELAJARAN TERAS · B. Melayu 
· B. Inggeris 
· Pendidikan Islam 
· Matematik 
· Sains 
· Sejarah 
· Geografi 
· Kemahiran Hidup 
· Pendidikan Seni 
· Pend. Jasmani & Kesihatan 
MATA PELAJARAN ELEKTIF / TAMBAHAN · B. Arab Komunikasi 


Tingkatan 4 SAINS TULEN (2 Kelas) dan Tingkatan 5 SAINS TULEN(1 Kelas)

MATA PELAJARAN TERAS · B. Melayu 
· B. Inggeris 
· Sejarah 
· Matematik 
· Pendidikan Islam 
· Pend. Jasmani & Kesihatan 
MATA PELAJARAN ELEKTIF / TAMBAHAN · Fizik 
· Kimia 
· Biologi 
· Mat. Tambahan 
· Bahasa Arab Tinggi 


Tingkatan 4 SAINS SOSIAL (1 Kelas) dan Tingkatan 5 SAINS SOSIAL(1 Kelas)

MATA PELAJARAN TERAS · B. Melayu 
· B. Inggeris 
· Sejarah
· Sains 
· Matematik 
· Pend. Jasmani & Kesihatan 
MATA PELAJARAN ELEKTIF / TAMBAHAN · Ekonomi Asas 
· Prinsip Akaun 
· Syariah Islamiah 
· Al-Quran & Sunnah 
· B. Arab Tinggi 


Tingkatan 4 SATERA AGAMA (1 Kelas) & Tingkatan 5 SASTERA AGAMA(1 Kelas)

MATA PELAJARAN TERAS · B. Melayu 
· B. Inggeris 
· Sejarah 
· Sains 
· Matematik 
· Pend. Jasmani & Kesihatan 
MATA PELAJARAN ELEKTIF / TAMBAHAN · Syariah Islamiah 
· Al-Quran & Sunnah 
· Ekonomi Asas
· Prinsip Akaun 
· B. Arab Komunikasi 
· B. Arab Tinggi 


Ting 6 ATAS SATERA AGAMA (1 Kelas) & 6 BAWAH SASTERA AGAMA(1 Kelas)

MATA PELAJARAN TERAS · Pengajian Am 
· Bahasa Arab 
· Usuluddin 
· Syariah 
MATA PELAJARAN ELEKTIF / TAMBAHAN · MUET

|Organisasi|
:: Kelayakan ::

TINGKATAN / ALIRAN
KELAYAKAN

 1-3

  • 5A atau 4A atau 3A & 2B (UPSR) 
  • Lulus Ujian PAFA 
  • Lulus Ujian Kelayakan .Kemasukan   SMKA   P.Pinang (Jawi & Al   Quran)

 4-5 SAINS TULEN

  •  A dalam Matematik & Sains dan 3A dalam   m/pelajaran yang lain (PMR)
  • Sekurang-kurangnya C dalam B.Arab   & Pendidikan Islam (PMR) 
  • Lulus ujian PAFA

 4-5 SAINS SOSIAL

  •  A dalam Matematik dan B dalam Sains   dan   2A dalam mata pelajaran lain 
  • Sekurang-kurangnya C dalam Bahasa   Arab   dan Pendidikan Islam 
  • Lulus Ujian PAFA

4-5 SASTERA AGAMA

  • A dalam Bahasa Arab dan A dalam   Pendidikan Islam ATAU B dalam Bahasa   Arab dan B dalam Pendidikan Islam dan 3A   dalam  mata pelajaran lain 
  • Lulus Ujian PAFA

|Organisasi|
:: Lagu Sekolah::


Lagu Sekolah Al-Mashoor Lelaki

yang mana terjemahannya:

Mashoor sekolah kami,

Bahasa Arab, bahasa kami,

Kejayaan adalah matlamat dan cita-cita kami,

Kejayaan, kejayaan, kejayaan.


|Organisasi|